Wednesday, December 23, 2009

Seorang Hamba..


Dalam kita membuat kebaikan baik kita bersembahyang, bersedekah, tolong orang, mengerjakan haji atau berbagai kebaikan lain, bagaimana rasa hati kita di waktu itu? Bila buat kebaikan, hati mesti ada rasa. Apakah di waktu itu kita sudah rasa aman dengan kebaikan itu? Terasa selamat. Rasa yakin bahawa Allah terima ibadah kita. Kita yakin kita sudah menjadi orang baik-baik. Kita sudah mengira-ngira syurga mana yang sesuai untuk kita. Lebih dahsyat lagi bila kita rasa hebat, rasa cukup sempurna dan bangga dengan kebaikan yang sudah kita buat. Kita rasa bahawa kitalah orang yang telah membuat kebaikan. Kita pandang orang lain kecil. Pandang yang lain sudah tidak selamat. Kita rasa mereka akan masuk ke neraka. Yang mereka itu dari golongan jahat-jahat.

Sebenarnya kalau beginilah rasa-rasa kita di waktu membuat kebaikan sebenarnya kita sudah tertipu dengan kebaikan yang kita buat. Bila membuat kebaikan hati tidak boleh merasa baik. Bayangkan kalau kita sembahyang, hati merasa kita orang yang kuat bersembahyang. Bila kita bersedekah, hati kita terasa kita ini seorang pemurah. Bila kita tolong orang, kita rasa kita ini seorang yang penyayang, suka tolong orang dan bertanggungjawab. Bila kita kerja haji, kita rasa haji kita ini sudah mabrur dan layak mendapat tempat di sisi Tuhan. Hakikatnya rasa-rasa inilah yang mendorong kita kepada kemurkaan Tuhan, bukan kesukaanNya. Rasa-rasa inilah yang menjadikan kita sahabat syaitan, yang sombong dan angkuh bila sudah dapat kelebihan. Rasa-rasa ini bukan rasa-rasa yang menjadikan kita orang baik. Rasa-rasa ini layak menghumbankan kita ke neraka. Rasa-rasa ini bukan mendekatkan kita kepada Tuhan, tetapi jauh daripada Tuhan. Rasa ini menjadi kita orang yang hina di hadapan Tuhan. Tidak beradab dengan Tuhan.

Mana boleh dengan nikmat kebaikan yang kita sudah boleh buat, yang dianugerahkan oleh Allah, kita sudah rasa selamat dan rasa baik. Boleh buat baik itukan anugerah Tuhan. Allah gerakkan hati kita untuk boleh buat kebaikan. Allah yang kehendaki. Tapi seolah-olah kita rasa kita sudah berbuat. Kita rasa kita yang empunya kebaikan. Bukan milik Tuhan. Bukan keizinan Tuhan. Sudahlah itu, kita pula yakin sangat yang Allah terima ibadah kita. Tahukah kita sejauhmana keikhlasan kita pada ibadah tersebut. Sedangkan malaikat yang membawa amal kita itu pun tidak tahu nilai ikhlas ibadah tersebut. Ia adalah rahsia Allah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui sejauhmana ikhlasnya ibadah seseorang hambaNya.

Mana rasa hamba kita bila kita buat kebaikan atau buat ibadah? Bukankah kita ini hamba Tuhan.


Bagaimana adab, tingkah laku seorang hamba? Kenalah betul-betul jaga adab di hadapan tuannya. Kenalah sangat rasa takut dan cemas di hadapan tuannya. Walaupun sudah buat banyak kerja, bolehkah kita mendabik dada, bercekak pinggang di hadapan tuan kita. Kita kata pada tuan kita, saya sudah buat ini, sudah buat itu. Seolah-olah kita jadi tukang nilai pada kerja-kerja kita. Bolehkah kita yang buat kerja, kita nilai sendiri kerja kita. Kita bagi gred sendiri untuk kerja kita. Kita tak mahu bagi yang terburuk untuk kerja kita tapi bagi kita kerana rasa yang kita buat sudah elok, sudah sempurna, kita bagi “A” untuk kerja kita. Kita menunjuk-nunjuk dengan tuan kita yang kitalah yang terbaik. Atau kita sudah rasa berbuat, kita pun “demand” macam-macam dengan tuan kita.


Begitulah misalannya untuk kita agar bila kita dengan Tuhan, rasa hamba kita itu kekal. Sesuai dengan watak hamba, sesudah membuat kebaikan, patut-patutnya kita rasa berdosa. Sudah buat kebaikan, rasalah tidak sempurna. Rasalah kebaikan itu banyak cacat-celanya. Rasalah ibadah yang dilakukan tadi tak dapat kita buat kalau tak diizinkan Tuhan. Sentiasalah bertanya-tanya pada diri apalah nasib amal kebaikan tersebut. Sentiasalah mengharap-harap agar Allah terima. Rasakan kebimbangan, takut-takut Allah lemparkan kebaikan itu kepada kita semula. Malulah di hadapan Tuhan dengan kebaikan kita itu. Tak tahu kita bagaimana rupa kebaikan kita itu bila sampai kepada Tuhan. Elokkah? Atau buruk sekali hingga tiada nilai di sisi Tuhan. Rasailah serba kekurangan pada kebaikan kita itu. Serahlah kepada Allah untuk menilai kebaikan kita. Bagi kita, kita tak layak. Rasailah kita ini bukan orang baik. Kita banyak dosa. Banyak buat kejahatan. Kebaikan-kebaikan yang kita buat itu, lupa-lupakanlah. Jangan dikenang-kenang. Seeloknya sentiasa merintih pada dosa-dosa yang kita lakukan. Sentiasalah merasa kita ini orang yang jahat. Orang yang banyak membuat dosa dan kemungkaran. Soal syurga janganlah difikir-fikirkan sangat. Itu hak Allah untuk memberi. Itu hadiah daripada Allah. Patutnya kita selalu memikirkan yang neraka itu. Atas terasa kita ini bakal dicampakkan ke neraka atas dosa-dosa kita itulah, yang membuat kita sentiasa memohon keampunannya dan mengharapkan rahmatNya.


Janganlah kita memandang dan ambil berat keburukan orang lain. Berbaik sangkalah terhadap mereka. Mana tahu mereka ini walaupun dalam membuat kejahatan, hati selalu merintih dengan Tuhan. Selalu rasa berdosa. Itu lebih baik daripada kita jika kita yang buat baik ini sudah rasa baik dan rasa selamat. Ambil beratlah dosa-dosa kita itu kerana ianya lebih utama. Pandang seriuslah kejahatan-kejahatan kita itu.

Sesungguhnya banyak mana amal kita atau banyak mana kejahatan kita itu, ia adalah ukuran lahir kita sahaja. Tetapi Allah menilai hati kita. Sejauhmana hati kita dengan Tuhan. Adakah hati kita merasa kehambaan atau sudah ada rasa-rasa ketuanan dalam diri. Yang penting sekarang ialah buat amal tetapi jaga hati. Amal kebaikan yang sedikit diiringi dengan hati yang merasa hamba itu lebih baik daripada amal kebaikan yang banyak tetapi dibawa dengan rasa ketuanan. Kalaulah kita boleh mengekalkan rasa hamba hingga saat kematian kita, nescaya itulah yang Allah pandang dan kehendaki. Takut-takut kita tak dapat kekal rasa hamba, hinggalah saat kematian kita itu, kita membawa rasa ketuanan. Mintalah perlindungan daripada Allah.

Siapakah sohibuzaman dizaman ini?


Maksud Sohibuzzaman


Sohibuzzaman ertinya orang yang menguasai di zamannya, begitulah ketentuan Allah Taala setiap zaman, sebagai rahmat Allah kepada umat khusunya umat Islam. Antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:


1. Orang yang paling arif atau kenal Tuhan di zamannya
2. Yang sangat mendalam rasa bertuhan dan rasa kehambaan.Dialah yang paling takut & cintakan Tuhan .
3. Yang sangat mendalam ilmu hati manusia
4. Dia dapat ilham dari Tuhan.Kupasan ilmunya sesuai dengan zaman ketika itu walaupun kadang-kadang agak bercanggah dengan ulamak sezamannya kerana ilmunya adalah ilham dari Tuhan(bukan wahyu).
5. Sangat faham mendidik manusia dan sangat memberi kesan kerana dia menunjukkan sikap/beramal dengan ilmunya.Bukan teori semata-mata.
6. Peristiwa-periwtiwa di zamannya, dia sangat faham maksud/hikmahnya.
7. Sekali-sekala mendapat berita ghaib dari Tuhan
8. Dia sentiasa mendapat petunjuk dari Allah Taala dan dilindungi Tuhan walaupun sentiasa dimusuhi oleh penentangnya.
9. Orang yang paling bertaqwa di zamannya
10. Manusia di zamannya mendapat berkat daripadanya - Dengan sebabnya mereka diberi rezeki, dibantu, diberi keselamatan dan mendapat ilmu - Ada orang yang dijauhkan bala bencana kerananya
11. Doanya kabul, orang boleh bertawasul kepadanya.


Sohibuz Zaman adalah pemilik zaman. Di setiap zaman, pastilah ada orang yang Tuhan utus untuk mewarisi zaman itu. contohnya para mujaddid. misalkan Imam Ghazali, mujaddid kurun ke-5, dialah Sohibuzaman di zaman itu. segala sesuatu yang berlaku di zaman itu adalah karenanya. Apabila ada raja yang melempar cincinnya ke laut dan meminta Imam Ghazali untuk mencari cincin tu di dalam lautan, dengan keramatnya sebagai SohibuzZaman, ia dapat temukan cincin tu

Sohibuzaman adalah karenanya dunia Tuhan selamatkan. Yang besar adalah SohibuZzaman di akhir zaman yang akan membangunkan tapak daulah ummah kedua. Ia adalah pemilik zaman itu. Ia dapat memproses seluruh hati2 manusia di zaman tu dengan keramat dan kebesaran yang Tuhan telah anugrahkan kepadanya. Gempa, banjir, kebakaran, atau apa jua yang berlaku di zamannya adalah karenanya, untuk menginsafkan manusia agar sedar semula. Mengapa sampai begitu sekali Tuhan memuliakan Sohibuzaman itu ? karena ketaqwaannya yang luar biasala pada Allah Ta'ala, hinggakan dunia ni Tuhan serah padanya. Dunia ini diwarisi untuk orang2 bertaqwa.. kalau sudah menjadi orang Tuhan, segala apa jua kan Tuhan bagi kepadanya.. begitulah kebesaran orang2 Tuhan. Rasulullah adalah Sohibul Azman, pemilik zaman dari awal lagi hingga dunia ni dikiamatkan Tuhan.... dan... yakinlah hanya Pada Sohibuzzaman ada keselamatan dunia dan akhirat

Yang pasti..mereka dinaikkan oleh Tuhan dan bukan oleh telunjuk/undi manusia.Bahasa mudahnya..mereka menjadi pemimpin bukan melalui jalan atau sistem ciptaan manusia.

CINTA DUNIA

Insan praktik amalan dalam realiti kehidupan berupaya lebarkan sayap addin di bumi

CINTAKAN dunia dan takutkan mati antara penyakit yang menimpa umat Islam dewasa ini berdasarkan peringatan Rasulullah SAW kepada umatnya pada akhir zaman. Penyakit itu berbahaya kerana boleh memberi kesan buruk kepada keutuhan dan kesatuan ummah.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad) Berdasarkan maksud hadis itu, kita dapat merenung senario berlaku kepada umat Islam kini bertepatan
dengan sabda Rasulullah SAW. Biarpun, jumlah umat Islam di seluruh dunia melebihi satu bilion, mereka tidak memiliki kekuatan dan kekuasaan mentadbir alam ini.

Pada era dunia tanpa sempadan kuasa besar yang menjadi raja dunia kini berpihak kepada Amerika dan Eropah, bukan negara Islam. Malah, mereka menguasai pelbagai lapangan hidup dari aspek ekonomi, politik, sosial serta pendidikan. Akibatnya, umat Islam begitu lemah dan ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan serta begitu mudah ditindas kuasa Barat. Tidak hairan negara umat Islam dengan mudah dijajah musuh dan mereka tidak mempunyai kekuatan mempertahankan tanah air apatah lagi menangkis serangan bertubi-tubi yang dilancarkan terhadap mereka.

Lebih pelik, umat Islam yang ditindas meminta bantuan ketenteraan daripada Barat yang sememangnya bersekongkol dengan musuh untuk menghancurkan Islam dan umatnya.

Justeru, apakah punca atau sebab umat Islam kini berkeadaan seperti itu? Rasulullah SAW menjawab persoalan itu melalui sabda bahawa penyakit cintakan dunia dan takutkan mati membarah dan menular dalam jiwa umat Islam.

Cintakan dunia dapat ditakrifkan keadaan manusia yang hanya menumpukan seluruh detik dan kehidupannya kepada dunia semata-mata, dunia adalah kehidupan awal dan akhir mencari keseronokan dunia tanpa noktah dengan tidak mengambil kira batas agama yang digariskan Allah.

Sedangkan, dunia menurut kaca mata Islam bukan perkara terlarang kepada umatnya mencari dan merebutnya kerana cintakan dunia adalah sifat
semula jadi yang memang ada pada semua manusia.

Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini nafsu iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yang berpikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan bertanda lagi terlatih, binatang ternakan serta kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." (Surah ali-Imran, ayat 14)

Perlu ditegaskan, cinta dunia dilarang Islam ialah yang keterlaluan sehingga meminggirkan ajaran Islam. Islam adalah agama yang seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.

Barangkali inilah amaran Allah kepada umat Islam mengenai hakikat dunia seperti firman-Nya yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya permainan dan hiburan serta perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak." (Surah al-Hadid, ayat 20)

Di samping itu, orang yang cintakan dunia digambarkan sebagai yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju kehidupan sebenarnya. Oleh itu, Rasulullah SAW membuat perumpamaan orang cintakan dunia seperti buih di lautan yang begitu mudah dibawa arus ke mana saja tanpa arah tujuan dan matlamat untuk menghempas di tepian pantai. Justeru, apa guna seseorang memiliki tubuh badan gempal dan sasa seandainya iman serta takwa di jiwanya kosong, mudah rapuh apabila dihempas badai cubaan dan cabaran mendatang.

Penyakit takutkan mati adalah natijah secara langsung berpunca daripada cinta keterlaluan kepada dunia. Kerana sayangkan yang ada dalam genggamannya, harta bertimbun, anak pinak, pangkat dan keturunan membanggakan membuatkan seseorang itu menghidap penyakit takutkan mati.

Kebiasaannya, manusia yang takutkan mati lemah iman dan kurang takwa. Malah, dia juga lupa asal usul kejadiannya daripada tanah dan diciptakan Allah untuk beribadat kepada-Nya di dunia yang bersifat sementara ini.

Sedangkan kematian adalah peringkat yang pasti ditempuhi setiap insan bernyawa. Firman Allah yang bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian." (Surah ali-Imran, ayat 185) Mereka yang sentiasa mengingati mati menyediakan bekalan amalan salih sebanyak mungkin semasa hidup di dunia sebagai persiapan mengadap Allah adalah orang paling bijaksana di kalangan orang mukmin. Ini berdasarkan hadis diriwayatkan Ibnu Majah apabila ada seorang Ansar bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Siapakah daripada kalangan kami yang paling bijaksana dan teguh imannya? Ujar baginda SAW: Iaitu orang yang paling banyak ingatkan mati dan juga paling banyak membuat persiapan dengan amal salih untuk menghadapi kematian. Mereka itulah kalangan orang mukmin terhormat yang datang mengadapku dengan kehormatan dunia dan kemuliaan akhirat." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Begitulah cintakan dunia dan takutkan mati yang dianggap sebagai penyakit ummah menimpa umat Islam kini. Tidak cukup sekadar itu, Islam menyediakan jawapannya atau jalan penyelesaiannya bagi mengubati penyakit berkenaan. Umat Islam dituntut berpegang teguh dengan Islam serta ajarannya yang suci dan menterjemahkannya dalam seluruh ruang lingkup kehidupan sejagat. Inilah formula dan rahsia bagaimana generasi Rasulullah SAW dan sahabat mencapai kemuncak
kegemilangan pada ketika itu.

Mereka berpegang teguh dengan Islam, seterusnya mempraktikkan Islam dalam realiti kehidupan. Mereka berjaya menunaikan amanah Allah menyampaikan dakwah Islam dan berupaya melebarkan sayap Islam ke seluruh pelusuk bumi. Sewajarnya umat Islam hari ini menjadikan Islam sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan serta sentiasa menetapkan matlamat mencari keredaan supaya mampu berjaya dan cemerlang bukan saja di dunia, juga akhirat.

Penulis Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Menjaga Perasaan

Hadis : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :
1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.

2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.

3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.

4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.



Hati yg terluka umpama besi bengkok
walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari

Syahidnya Bakal Mempelai

Jumaat itu dia bangun jauh lebih awal daripada biasa. Padahal, menurut ibunya, hampir semalaman dia tidak tidur. Sampai tengah malam dia masih membaca Al-Quran. “Tatkala saya terjaga, dia sedang asyik solat malam. Dia membaca ayat-ayat Surah An-Nabaa sambil menangis!”

Usai Shubuh, Ayat Al-Akhras (16) -remaja shalihah itu- kembali membaca Al-Quran. Ayat-ayat jihad dibacanya berulang-ulang dengan nada bergetar. Sesekali dia terhenti, menahan isak tangis. Menjelang pukul 6.00 waktu Palestin, dia menulis sesuatu di meja belajar. Sejurus kemudian Ayat sudah siap berpakaian seragam dan bergegas menuju dapur untuk menemui ibunya.

Kepada ibunya, dia minta izin hendak pergi ke sekolah. “Ada pelajaran dan tugas tambahan. Hari ini boleh jadi merupakan saat terpenting dalam hidup ini. Saya mohon doa restu ibu,” ucapnya dengan mata berbinar.

Ibunya sedikit bingung, hairan, dan terkejut melihat tingkahlaku puterinya. “Semoga Allah selalu melindungi dan merahmatimu, anakku. Tapi, bukankah Jumaat adalah hari cuti?”

“Doa itulah yang anakanda harap, bu,” jawabnya. Ayat tak lagi berkata-kata. Dia hanya tersenyum, mencium tangan, kemudian memeluk erat ibu yang masih kebingungan. Dan, dengan tetap tersenyum, dia menarik tangan adiknya, Samaah (10). Mereka pun sama-sama bergegas ke sekolah.

Beberapa jam kemudian, Jumaat 22 Mac 2002 sekitar pukul 10 waktu setempat, Radio Israel memberitakan ledakan bom di supermarket Nataynya, dekat Jerusalem. Peristiwa ini menyebabkan tiga orang maut dan lebih dari 40 orang cedera. Pelakunya disyaki seorang puteri Palestin.

Jantung Ibu Ayat Al-Akhras berdegup kencang mendengar khabar itu. “Jangan-jangan dia …” bisiknya saat itu. Firasatnya kuat mengatakan demikian manakala dia mendapati Samaah pulang sendirian sambil terisak-isak. Dia mengaku tak tahu ke mana kakaknya pergi. Ayat, kata dia, hanya berpesan, “Jangan cemas dan takut. Allah selalu bersama orang-orang beriman. Sampaikan salam buat semua, dan berdoalah. Mudah-mudahan Allah memberi pengampunan dan kemenangan!”

Tinggal di kem beramai-ramai, Ibu Ayat Al-Akhras sangat cemas dengan nasib anaknya. Batinnya bertanya-tanya, “Ke mana dia pergi? Apakah dia sudah merealisasikan impiannya untuk menjadi syahidah?” Pertanyaan lain terus muncul di benaknya. “Bagaimana dengan impiannya yang lain? Soal pinangan, rancangan pernikahan, dan pakaian pengantin yang sudah dijahitnya sendiri? Bukankah dia juga bercita-cita untuk melahirkan anak-anak, kemudian membina mereka menjadi mujahid-mujahid masa hadapan?”

Sementara fikirannya tertanya-tanya, kalbunya mendapat isyarat bahwa calon mempelai itu telah gugur dalam operasi syahid. Dan, apabila laporan rasmi mengesahkan jenazah Ayat, Ibu Ayat Al-Akhras hanya berkata, “Inna lillaahi wainna ilaihi raji’un. Semoga Allah mencatatnya sebagai syahidah. Mudah-mudahan dia juga akan menjadi pengantin Palestin yang melahirkan kehormatan dan kemerdekaan bagi umat dan bangsanya.”

Siang Jumaat itu, Ayat Al-Akhras pergi mengikuti jejak Issa Farah dan Saa’id, dua kerabatnya, yang gugur ditembak helikopter Israel.

Lahir 20 Februari 1985 di Kem Dheishes, Ayat adalah anak keempat dari 11 beradik. Dia mempunyai tiga saudara laki-laki dan tujuh saudara perempuan. Di akhir hayatnya, dia tercatat sebagai pelajar Tingkatan Tiga sekolah menengah atas.

Ayat, menurut ABC News, termasuk anak cerdas dan rajin belajar. Sampai saat-saat menjelang syahidnya, dia masih rajin menasihati teman-temannya agar terus belajar dan belajar. “Penguasan ilmu dan teknologi amat penting dan diperlukan untuk mendukung perjuangan kita, walau apa pun bentuknya.”

Hayfaa, teman baiknya, berkata, “Dia selalu menasihati kami bahawa pembelajaran harus tetap berjalan, meskipun rintangan dan bahaya mengancam di sekeliling kita.”

Tentang jihad, Ayat selalu berkata, “Jihad itu kewajiban setiap Muslim. Termasuk wanita. Mengapa kita harus membiarkan nyawa kita diragut sia-sia oleh kebiadaban zionis Israel.” Kematian seorang mujahid, katanya, akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid lain, bukan sebaliknya.

Hayfaa tak menyangka Ayat syahid secepat itu. Dalam hari-hari terakhirnya, dia rajin mengumpulkan gambar-gambar mujahid Palestin. Di meja belajarnya berbaris slogan-slogan jihad dan kepahlawanan. “Dia pergi untuk bergabung dengan barisan para syuhada’ yang lain.”

Ayat, kini tercatat sebagai syahidah kedua di Palestin atau yang keenam dalam barisan pelaku operasi istisyhadiah sepanjang tahun 2002. Syahidah pertama adalah Wafa Idris (27), seorang janda di Ramallah. Dia gugur dalam operasi menjelang akhir Januari 2002 yang menyebabkan seorang Israel maut dan 100 orang lain cedera.

Meskipun tahu bahawa syahidah adalah cita-cita tertinggi anaknya, ibu Ayat Al-Akhras tetap merasa kehilangannya. Dengan air mata berlinangan, dia mengulangi kata-kata anaknya ketika berdiskusi soal kewajiban jihad bagi setiap warga Muslim Palestin. “Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam kehinaan atau gugur di medan jihad.”

Samaah, adik sekaligus teman terdekat Ayat, turut merasakan hal yang sama. Sambil menangis, dia bercerita tentang saat-saat akhir bersama kakaknya. “Saya lihat cahaya di mukanya dan sebuah rona kebahagiaan yang tak pernah dilihat sebelumnya.” Sambil memberi sepotong coklat manis, lanjutnya, Ayat berkata lirih, “Salat dan doakan agar kakak berjaya melaksanakan tugas suci ini.”

“Tugas apa?” Samaah bertanya. “Hari ini kamu akan mendengar satu berita baik. Mungkin inilah hari terbaik dalam hidup saya. Inilah hari yang telah lama saya nantikan. Tolong sampaikan salam hormat saya kepada Akh Shaadi,” tutur Ayat sambil memberikan secarik kertas.

Shaadi Abu Laan (20), calon suami Ayat, termangu beberapa ketika apabila khabar itu sampai padanya. Dia hampir tidak percaya Ayat pergi begitu cepat mendahuluinya. Padahal Julai ini, jelas Shaadi, “Kami sudah merancang untuk berumah tangga. Selepas Ayat lulus ujian, kami akan menempati rumah sederhana yang belum dihias lagi.” Mereka, sudah satu setengah tahun bertunang. Bahkan, kedua mereka telah menyiapkan nama ‘Adiyy untuk bayi pertama mereka.

Mereka bertekad mendidik si kecil sebaik-baiknya dengan harapan kelak menjadi seorang mujahid yang akan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin dari penjajahan Israel.

“Ternyata Allah miliki perancangan lain,” ucap Shaadi. “Semoga kami dapat bertemu di syurga kelak, seperti harapan Ayat dalam surat terakhirnya. Saya tahu dia gadis berkeperibadian kuat, tegar, dan cerdas. Dia mencintai negara dan agamanya lebih dari apa pun.”

Setiap saat, lanjut Shaadi, Ayat memang selalu memimpikan operasi syahid. “Kami pun pernah bercita-cita untuk syahid bersama-sama. Ternyata Allah telah memilih dia terlebih dahulu. Kalau ada kesempatan, saya akan menyusulnya segera. Semoga Allah mengabulkannya,” ucap pemuda Palestin yang baru saja meraih gelar sarjana muda itu.

Ustaz Jadi Bapak Ayam

Bismillahirahmanirahim...

Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:”perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”



Nota: Artikel Atas Nie Bukan Saya Punya

Sebenarnya Tajuk Artikel jea GEMPAK Sebab Nak Bagi Tarik Pembaca Membaca Tapi Isinya Tuan² Puan² dah tahu kan? Don't Judge the Book By Its Cover

Anda Percayakan Allah? Anda Percayakan Malaikat? Anda nampak ke ? Tak nampak Tapi Yakin Dan Percaya? Anda Nampak Pahala? Pahala tu Saham/Duit Pun Anda Tak Nampak kan? Jadi Benda Yang Anda Nampak Itu Yang Anda Pandang? Fikir² kan lah Dunia Berada Di Penghujung Nyawa ... Tolong² la sebarkan ...

SEBENAR-BENARNYA ORANG YAHUDI MENIRU MULTILEVEL MARKETING CARA ISLAM KITA

Dari pahala mereka tukarkan pada benda yang mereka nampak yakni DUIT ... apatah lagi Islam sekarang di KABURI mata dengan DUIT benda yang nampak ...

Nampak Share bawah nie kiri tu? click sana nanti kuar kotak empat segi ... kalu ada facebook ke! atau yang ada dalam services tu just share ... kalu tak ada just click MORE OPTION (bawah kiri) masukkan email & masukkan passwd kemudian import from address book sebelum tekan send, NAWAITU penting Untuk Mendirikan Agama Allah dan dengan lafaz Bismillahirahmanirahim (ambil berkat) click send.
Assalamualaikum...

Bermain Dengan RASA


Ini buat kamu yang teRASA..
Yang meRASAkan dirimu sedang bermain dengan peRASAan..

Kerana kamu sudah tidak tega untuk bersabar dengan peRASAan..
Kerana kamu sudah tidak kuat untuk meRASA segala..
Kerana kamu pantang RASA dicabar..
Kamu meRASAkan kamu patut melepaskan semua RASA..

Wahai yang teRASA..
Jangan biarkan dirimu tidak berpeRASAan..
Jangan pula biarkan dirimu dikawal peRASAan..
Kerana jika peRASAan yang menjadi tuan..
Kau akan kehilangan yang diRASA selama ini..

Maka naikkanlah awan RASA itu ke tingkat tertinggi..
Biar peRASAan itu tenang berada di tempatnya..
Bertemu dengan Pencipta RASA..
Di puncak RASA, CINTA Teratas..

Nunkilan: Sunah Mohammad

Cinta Abadi


Aku tergamam sebentar, mataku kaku melihat buku Kak Siti, roommateku, yang terdapat di atas mejanya, “111 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA SOLEHAH”. Rasulullah? Nama yang sudah janggal untukku ungkap. Entah sudah berapa kurun bibirku tidak menyebutnya. Aku juga sudah lupa apa maksud ‘SAW’. Tidak semena-mena ungkapan lagu nasyid kumpulan Hijjaz ketika aku menyertai pertandingan lagu nasyid sewaktu di sekolah rendah terngiang-ngiang di telingaku. “Rasulullah dalam mengenangmu, kami susuri limpahan sirahmu, dan kami sanjung pengorbananmu… Engkau taburkan pengorbananmu.. Buat ummatmu…….”

Ah, aku sudah lupa apa sambungannya. Lagu itulah yang telah menaikkan nama sekolahku. Dan paling penting ketika itu aku menjadi penyanyi solo. Bagaikan terpukau mataku terus memandang buku itu. Entah sudah berapa hari aku merenung buku itu setiap kali Kak Siti tiada. Entah apa istimewanya hingga menarik tanganku untuk mengambilnya. Kubelek-belek kemudian kubaca satu persatu isi kandungannya, masih tak kutemui bab yang menarik hatiku. Akhirnya mataku terhenti bila terbaca wasiat ke 5: Jangan buat dosa besar, nak baca tapi ada rasa secebis ketakutan. Takut pada balasan yang bakal aku terima. Lebih-lebih lagi bab sebelumnya mengenai ketaatan kepada suami. Apakah pantas aku meletakkan perasaanku pada lelaki yang bukan suamiku? Apakah pantas aku menyerahkan sepenuh jiwaku terhadap insan yang bukan suamiku? Apakah pantas aku memberi ketaatanku pada insan yang bukan selayaknya? Kepalaku cuba membayangkan semula adegan-adegan romantis antara aku dan Syam.

Cinta pertama yang berputik gara-gara tersalah ambil beg ketika minggu suai mesra untuk pelajar tahun satu. Syam, lelaki pertama yang mengisi ruang kekosongan hatiku. Dialah insan yang banyak memberiku semangat. Dialah insan yang mengeluarkan aku dari kongkongan kisah silam yang telah menghancurkan keyakinanku. Dialah insan yang membalut luka-luka dihatiku. Dialah segalanya……. Pertemuan kami dua hari lepas di kafe Sri Samping berulang tayang lagi. Mataku masih ingat senyuman manisnya. Tanganku masih merasai belaian tangannya. Telingaku masih ingat setiap huruf yang dilafazkan. Eh, terlalu bahagia. Terlalu indah hingga aku tidak tahu apa ayat yang harus kuungkap untuk menggambarkannya. Biarlah pertemuan itu milik kami. Aku tak ingin mengiktiraf kewujudan insan lain di kafe itu. Sekalipun aku dapat merasakan semua mata menjeling tajam ke arah kami. Ingin rasanya kuajak Syam ke tempat lain yang lebih sunyi dan jauh dari mata manusia tapi aku tak ingin mencacatkan setiap pertemuan kami.

Mujurlah Kak Siti tak pernah melihat kami bercengkerama di kafe. Peribadinya dan caranya bergaul dengan lelaki membuatku malu jika dia tahu. Rasa cemburu kadang-kadang menerpa ruang hatiku. Cemburu bagaimana dia boleh hidup tanpa boyfriend. Kadang-kadang aku ingin seperti dia tapi….eh, lupakan sahaja soalan ini. Apa yang nak dicemburukan, dia tu yang rugi sebab tak merasa betapa indahnya dunia percintaan. Dan aku selalu saja memberi alasan berjumpa untuk membuat asignment, untuk buat program. Aku tidak tahu sampai bila aku harus menipu Kak Siti. Kak Siti memang tak setuju berjumpa berdua dengan lelaki. Sudah acap kali menasihatiku. Eh, biarlah manusia mengutuk kami sebab mereka tak merasa apa yang kami rasa….! Tapi untuk apa matlamat cintaku pada Syam? Untuk berkahwin? Soalan yang hingga kini masih tiada jawaban. Aku juga seperti wanita lain mengimpikan seseorang yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar. Syam memang lelaki yang membahagiakan tapi aku tak pasti adakah dia boleh membimbingku. Habis tu, untuk apa? Sekadar suka-suka? Atau mengisi kekosongan duniaku? Lalu meragut kesucianku? Eh mana mungkin Syam setega itu! Aku percaya….! Tapi bagaimana pula jika nasibku seperti Ina. Kerana cinta pada Danish sanggup berkorban. Dan kerana cinta dan pengorbanan itu jugalah yang akhirnya melahirkan seorang baby sebelum sempat mereka bernikah. Bagai pembalasan, Ina dibuang keluarga. Danish pula hilang entah ke mana. Tak cukup dengan itu, Ina sekarang terpaksa berdepan dengan penyakit tibi yang berjangkit melalui Danish. Tabahkah aku jika nasibku serupa dengannya? Ya Allah, betapa besarnya pembalasan-Mu di dunia, bagaimana pula di akhirat nanti?

Aku seperti terdengar suara batinku meraung-raung kesakitan meminta untuk dikeluarkan dari penjara dosa. Dosa yang telah merantai hatiku. Dosa yang gelap dan suram. Masih adakah cahaya untukku? Tapi aku memerlukan dahan untuk berpaut. Aku memerlukan pondok untuk berteduh. Lalu kepada siapakah aku harus mengadu? Hatiku menangis lagi sekalipun zahirnya air mataku tidak jatuh….. ~ Tut..tut..tut…. Handphone ku berbunyi nyaring di dalam kelas, aku lupa untuk silentkan. Semua mata memandang ke arahku. Lecture Dr. Asyraf juga tergendala seketika. “Minta maaf dokter”. Aku cuba menenangkan keadaan. Cemas. Takut dimarah. Kuambil handphone yang kuletak di dalam poket kecil beg hijau mudaku. Beg pemberian Syam ketika hari jadiku yang lepas. Rupanya mesej dari Syam. Bibirku mengukir senyuman. Senyuman yang tak dapat kupastikan maksud hatiku. “I BALIK KAMPUS ESOK. BEST JUGAKLAH LABUAN NI. I BELIKAN SAYANG COKLAT. I NAK JUMPA SAYANG PETANG ESOK, FREE TAK? RINDULAH… : ) ADA SUPRISE UNTUK SAYANG.“ Aku terpempan. Senyuman tadi kutarik semula. Tidak tahu apa yang harus kutaip. Memang aku juga bagai nak gila kalau tak berjumpa dengannya walau sehari. Kalau boleh aku ingin berkepit dengannya ke mana sahaja dia pergi. Tapi buku semalam bermain lagi dikotak fikiranku.

Entah kenapa, hatiku cukup terkesan dengan wasiat Rasulullah Subhanahu..eh, aku masih tak dapat mengingati apa maksud SAW. Aku buntu dan keliru di antara dua jalan yang harus kupilih. Jumpa atau tidak? Dapat kurasakan iman dan nafsu sedang cuba bertarung merebut hatiku. Dan walaupun akalku bertindak sebagai pengadil, aku keliru untuk menentukan siapa pemenangnya.

Seperti biasa, selepas solat subuh bersama kak Siti, kami ke padang untuk berjoging. Satu bilik dengan budak masjid ni, membuatkan tidurku selalu terganggu. Masuk jer waktu solat mesti dikejutkan terutama time subuh dan asar. Jadi terpaksalah aku buat-buat pandai sembahyang. Bukannya susah, ikut saje cara Kak Siti, yang penting tahu setiap solat ada berapa rakaat. Di rumah? Huh…Jangan mimpi aku sembahyang. Apa tidaknya, sejak kecil aku hanya kenal solat adilfitri, adiladha dan solat jumaat untuk orang lelaki. Hipokritkah aku? Atau inikah yang dikatakan dengan riak?

Aku terpandang lagi buku semalam yang masih ada di atas meja kak Siti. Teringin sekali kubaca hingga habis. Tapi rasa malu pada kak Siti mengunci mulutku untuk meminta izinnya. Rasa malu itu jugalah yang selalu menyekat tanganku untuk mengambilnya di depan Kak Siti. Mesej Syam semalam masih belum berbalas. Iman dan nafsu masih bertarung. Tak pasti bila pertarungan ini tamat. Hatiku hanya mampu menjadi penonton sedang akalku menjadi pengadil tapi aku tak pasti apa keputusannya. Setelah memakai kasut dan mengunci pintu bilik, kami berlari-lari kecil menuju stadium. Fikiranku masih melayang memikirkan buku semalam. Perlukah aku meninggalkan Syam? Jika tidak, perlukah aku terus membiarkan kami hanyut? “Kak, boleh tak saya tanya satu soalan” Dia memandangku. Tersenyum. Kemudian mengangguk kecil. “Kenapa kakak tak nak bercinta” Dia ketawa kecil. Eh, salahkah soalanku? “Kakak pun ada perasaan. Semua orang pun ada perasaan. Tak salah bercinta. Islam tak suruh kita matikan nafsu. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Silapnya bila kita gunakan pendekatan barat untuk menyalurkannya. “Pendekatan Barat, maksud kakak?” “hm…Bercinta sebelum kahwin. Itu pendekatan barat. Sedangkan Islam memberikan kita jalan yang paling mulia iaitu pernikahan. Hari Valantine tu siapa yang anjur? Islam takpernah suruh sambut apa-apa hari percintaan. Tapi sebaliknya kita disuruh meraikan pernikahan.” Pernikahan? Jadi salahkah percintaan kami? Telingaku seakan panas. Mulutku tak mampu bersuara. Seakan kerongkongku tersekat. “Maksud kakak, mana ada lelaki normal yang suka pada wanita yang dah dipegang-pegang oleh lelaki lain, yang dah dibawa ke hulu ke hilir. Tapi tengoklah kita sekarang, suami tak rasmi lagi orang lain dah merasa…..” Jantungku berdegup kencang. Sakit. Pedih. Apa yang akan aku persembahkan pada suamiku kelak? Tanganku? Tangan ini entah sudah berapa ramai yang menyentuhnya. Tubuhku? Tubuh ini juga sudah tercemar. Rambutku? Rambut ini juga sudah berapa kali dibelai. Suaraku? Suara ini apatah lagi. Lalu, apa? “

Ala…macam kereta. Bayangkan perempuan tu macam kereta yang diletakkan di show room, display only. Tapi ada juga yang boleh ditest drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung,bawalah ke hulu ke hilir. Lelaki ini memang suka kalau dilayan. Tapi kalau diberi pilihan, mestilah lelaki normal nak rasmi kereta yang belum disentuh, yang belum terusik, yang belum diguna, kan?”

Kali ini dadaku, jantungku, hatiku, benakku semuanya seolah-olah menahan kesakitan yang amat sangat. Amat perit. Aku tertekan. Namunku cuba control. Tak mahu Kak Siti perasan. Ada suara berbisik, aku ini kategori kereta yang mana satu? “Tapi sebagai seorang muslim, kita kena faham matlamat kita hidup. Kakak tak bermaksud niat kita jaga diri ni untuk suami tapi tubuh badan kita ni pinjaman dari Allah SWT. Amanah Allah SWT. Kita kena jaga baik-baik dan salurkan ke tempat yang diredhoi Allah SWT. Ingat tak, bila mana seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW tentang seseorang di antara sahabat tu ada yang menuruti nafsu syahwatnya, apakah dia mendapat pahala? Tahu tak apa Rasulullah SAW jawab?” Aku sedikit gugup untuk menjawab soalan Kak Siti. Mana mungkin aku mengingatinya. Bahkan cerita tentang sahabat tu pun aku tak pernah tahu. Sahabat yang kuingat pun hanya Abu Bakar Al-Khattab, Usman As-Siddiq, Umar bin Affan dan Ali Bin….ah, aku sudah lupa. Nama sahabat-sahabat tu pun aku sudah ingat-ingat lupa. Kepalaku menggeleng perlahan. Kak Siti tersenyum. Kuharap senyuman itu mencerminkan dia faham keadaanku yang kurang pengetahuan. Kemudian dia bersuara semula. “Rasulullah SAW pun jawab: “Bagaimana pendapat kamu kalau dia meletakkan syahwatnya itu pada sesuatu yang terlarang, berdosakah dia? Begitulah. Tetapi kalau dia meletakkannya pada sesuatu yang halal, pasti dia dapat pahala.” (HR. Muslim)

Sebab tu kakak tak nak bercinta. Sebab tu kakak selalu pesan dengan diri kakak, jangan pandang lelaki lebih dari seorang kawan selagi dia bukan suamimu….! Kakak takut amanah Allah SWT ni kakak salah gunakan. Suami tu dah lah halal, berkat pula. Lebih-lebih lagi mahkota kita ni adalah sedekah buat suami kita.” Amanah?Aku terlopong. Betapa gentarnya aku mendengar perkataan tersebut dari mulutnya. Aku teringat ketika di Matrikulasi dulu, ustaz Redzwan pernah kata amanah tu adalah yang paling berat. Serta merta aku menakup mukaku erat-erat. Air mataku akhirnya tumpah. Tanganku terasa basah. Betapa hinanya diriku. Selama ini aku tidak menjaga amanah Allah SWT. Perlukah aku memutuskan hubunganku dengan Syam? Tapi hanya dia sahaja yang membahagiakanku. Bagaimana aku harus hidup tanpa belaiannya? Apakah aku buta kerana tidak menghargainya kasih sayangnya? Nafsu dan akalku kembali bertarung. Kali ini pertarungan lebih sengit. Masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing mahu menang. Dan aku menjadi mangsa pertarungan ini….

“Sayang, kenapa diam saja..?” Syam yang tadinya hanya merenung kebisuanku mula bersuara sambil tangannya cuba merangkul tubuhku. Secara refleks aku mengelak tangannya daripada menyentuh tubuhku walau seinci. Dia agak terkejut dengan tindakanku. Matanya terbeliak besar. Aku kembali kaku. Nafasku keras. Tunduk memandang sky juice yang masih tak kusentuh. Tak ingin rasanya kupandang wajahnya. Wajah yang membuat aku lupa diri. Wajah yang membuat aku lupa agama. Namun wajah ini jugalah yang pernah memberikan aku kebahagiaan. Aku tersepit antara dua cinta yang harus kupilih…! Kalau diikutkan hati, ingin aku lari dari pertemuan ini. Pertemuan yang hanya membawaku ke lembah dosa. Pertemuan yang hanya mengheretku ke neraka. Tapi aku tak dapat menipu diriku. Bahkan kehadiranku di sini kerana aku masih menyayanginya. Kata-kata sayang dan rindu yang sering dilafazkannya membuatkan aku rasa bersalah menolak pelawaannya untuk berjumpa. Siapa lagi yang akan melafazkan kata-kata seindah itu padaku.

Coklat yang dijanjikannya ada di atas meja. Besar. Menyelerakan. Ada sebuah kotak kecil lagi di atas meja. Comel dan berbentuk hati. Dibalut kemas dengan warna pink. Warna kegemaranku. Inikah hadiah suprise yang ingin diberikan kepadaku? Inikah nilai cintaku? Tapi aku masih tak dapat menipu diriku. Aku memerlukannya sebagai tempat mengadu. Aku masih memerlukannya sebagai tempat bermanja. Aku tak punya siapa di dunia ini. Ibu bapaku? Huh….nama mereka pun aku tak tahu dan tak ingin aku tahu. Aku dibuang macam sampah. Mujurlah masih ada dua insan yang mulia memungut aku. Merekalah tempatku bermanja. Namun mereka telah tiada, meninggal dunia di dalam kemalangan semasa hendak mengambil aku di matrikulasi. Pada masa itulah aku mengetahui sejarah hidupku. Aku bingung, hilang keyakinan dan rasa terhina, pada siapa harus mengadu? Keluarga? Mana mungkin aku dipedulikan lagi. Hadirnya Syam memberikan sinar baru dalam hidupku. Hati yang kelam kembali bercahaya. Hati yang sunyi kembali ceria. Hati yang bingung kembali terurus. Lalu tegakah aku meninggalkannya? Tapi Sampai bilakah kami akan terus berdosa? Sampai bilakah aku terus membiarkan tubuhku dijelajahi? Dan sampai bilakah hubungan ini berterusan? Syam masih merenung wajahku. Masih setia menanti jawabanku. Aku pula masih tunduk mencari kekuatan untuk bersuara. Tanganku bermain-main dengan sky juice yang kupesan tadi. Masih sejuk. Dingin. Sedingin salju di Boston ketika aku melancong bersama keluargaku empat tahun lalu. Sama seperti keadaan kami sekarang. Tiada belaian. Tiada kemesraan. Dengan mengumpul kekuatan yang semakin menipis, perlahan-lahan kutarik nafas dan kuangkat muka. Aku memberanikan diri untuk memandang wajahnya. Anak matanya yang sejak tadi cuba menangkap pandanganku akhirnya kubalas. “Maafkan aku Syam…aku rasa kita patut berhenti di sini…”. Suara wanita siapakah itu? Suara akukah itu? Betulkah apa yang telingaku dengar? Atau lidahku tersasul? Tapi antara kami tiada siapa lagi wanita selain aku. Akukah? Benarkah aku? Dengan ayat yang terakhir itu, aku undur kerusi. Ingin pergi. Dia terpinga-pinga. “Kenapa ni, sayang? Sayang ada masalah ke?” Sayang? Perkataan yang keluar dari lidahnya yang lembut itu tiba-tiba bertukar menjadi sembilu yang menikam-nikam hatiku. Tajam. Sekaligus membangkitkan rasa perit yang belum pernah aku rasakan sebelum ini. Serta merta aku mengatup bibir. Antara geram, marah dan sedih. Pintu hatiku kuhempas kuat. Biar ia tertutup rapat. Tak ingin kubuka lagi. Lalu kucuba memadamkan bait-bait perkataan yang berkumandang di telingaku sebentar tadi.

“Syam, aku bukanlah wanita yang layak menerima panggilan itu. Simpanlah buat isterimu, jangan terlalu murah memberikan perkataan itu pada orang yang bukan selayaknya. Aku pergi bukan untuk menafikan naluri ini. Tapi kita ummat Muhammad yang punya cara teragung mengurus fitrah ini. Islam yang dibawa Baginda sudah cukup jelas. Akhlak dan peribadi yang ditunjukkan tiada keraguan. Lalu mengapa kita begitu tega meninggalkan suruhannya? Tentu dia sedih melihat ummat seperti kita. Kembalilah Syam..” Syam memandangku dengan pandangan tajam. Anak matanya tidak bergerak. Kaku. Macam anak patung kena sawan. Di dalam matanya, dapat kulihat ada warna-warna kecewa. Ada warna-warna duka. Ada warna-warna luka. Nafsuku berbisik, tariklah ayatmu tadi…. Aku menarik nafas dalam-dalam. Tekanan. Ada rasa bersalah. Tak pernah aku menyakiti hatinya. Tak pernah aku mendukakan hatinya. Tak pernah aku melukakan hatinya. Kerana hati itulah yang pernah menghadiahkan aku secebis cinta. Segunung kebahagiaan. Lalu kerana cinta itu, kukorbankan ketaatanku. Kukorbankan diriku. Kukorbankan segalanya. Aku memandang semula wajahnya. Wajah yang mengharap simpati seorang wanita. Namun wajah ini jugalah yang penah memberikan aku selautan dosa. Lalu dengan nada sayu, kukuatkan hati untuk membuka mulut. “Maafkan aku Syam…” Aku bingkas bangun dan berpaling. Kemudian kakiku bergerak perlahan. Terasa lemah meninggalkannya tapi kali ini aku sudah nekad mencari cinta yang lebih suci dan mulia. Cinta yang tidak berdosa. Cinta yang selamat. Cinta yang mendamaikan. Syam, kenangan bersamamu masih melekap kuat diingatanku. Mana mungkin aku melupakannya. Tapi ini tekadku. Kita perlu berhenti melakukan perkara bodoh ini dan melepaskan segalanya. Tiada guna mengharap sesuatu yang tak pasti. Syam, aku akui sememangnya sukar untukku menghentikan hubungan ini tapi biarlah jiwa ini beku dan kaku tanpa kehangatan kasih sayang itu andai ianya hanya singgah buat sementara. Kasih sayang yang hanya membawaku ke alam khayalan yang terlalu indah namun hakikatnya semua itu hanyalah noda bersulam dosa. Syam, biarlah jodoh menentukan kita. Yakinlah pada takdir, andai ada jodoh maka tak ke mana. Andai tiada jodoh antara kita, itulah yang terbaik untuk kita. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat. Kita harus akur pada ketentuan-Nya. Sama-samalah kita bina diri, perbaiki setiap kelemahan. Kita masih belum terlambat. Jadikan kesilapan semalam pengajaran di hari esok. Maafkan aku Syam, hubungan ini perlu dihentikan. Suka atau tidak, ia perlu ada penutup sekaligus pembuka tirai episod yang baru pula. Mudah-mudahan di episod baru masih ada ruang untuk kita. Masih ada cahaya untuk kita. Masih ada title ummat Nabi Muhammad SAW untuk kita. Doaku, moga kau menemui kebenaran selepas ini….

Air mata yang sejak tadi kutahan mula bertakung menggaburi pandanganku. Namun mata hatiku dapat melihat ada cahaya di sebalik kesuraman yang selama ini menghuni segenap ruang hatiku lantaran dosa yang kulakukan. Di sudut lain, aku melihat ada benih cinta lain sedang tumbuh di dasar hatiku. Menanti kehadiranku. Cinta yang pasti. Cinta yang tiada penghujungnya. Abadi lagi kekal. Itulah cinta Allah dan Rasul-Nya. Layakkah aku….?

Salahkah hubungan ini? Keliru bertandang lagi diruang fikiranku. “Cubalah cari sejarah Rasulullah SAW. Ada tak kes Nabi kita Bercinta dengan Khadijah sebelum berkahwin? Ataupun dengan mana-mana isteri Baginda yang lain?.” Aku mengangguk. Berpura-pura faham. Sejarah Rasulullah? Ingatanku cuba mencari semula setiap saat di sekolah. Cuba mengingat wajah ustaz-ustazah yang mengajar ketika itu. Cuba mengingat buku-buku sejarah yang pernah aku baca kot-kot aku boleh ingat semula sejarah Nabi Muhammad Subhanahu..eh aku lupa lagi apa maksud SAW. Akhirnya aku harus akur ingatanku agak limited untuk kembali mengingati sejarahnya. Tarikh lahirnya pun aku lupa-lupa ingat, 20 Rabiulawal, 12 April kot, yang pasti tahun Gajah…! “Rasulullah SAW tauladan terbaik. Lelaki terbaik. Tak pernah sejarah yang mencatatkan percintaan Baginda sebelum kahwin melainkan yang diceritakan semua percintaan selepas kahwin. Jadi bercinta sebelum kahwin tu datang dari mana? Kalau dilakukan oleh Rasulullah SAW, bermakna kita yang bercinta sebelum kahwin ni pun mesti dapat pahala sebab mengikuti sunnah Baginda SAW. Mesti para sahabat dan ulama-ulama juga berlumba-lumba untuk bercinta sebelum kahwin. Ingat tak hadis Nabi SAW? “Wahai orang muda, sesiapa pun di antaramu yang mampu berkahwin, hendaklah berkahwin, kerana inilah satu cara menahan mata daripada melihat kepada keburukan dan memelihara kamu supaya suci dan mulia Dan sesiapa yang tak mampu, hendaklah berpuasa kerana puasa melemahkan nafsu” (Bukhari wa Muslim)

Rasulullah SAW tak sebut pun pasal bercinta, tak suruh pun kita bercinta. Tapi pernikahan yang dianjurkan. Kalau tak mampu ada cara lain. Sejajar dengan isi kandungan Al-Quran: “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia ciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.” Surah Ar-Ruum, ayat 21. Jadi kalau kita buat apa yang Nabi tak suruh, kita ikut sunnah siapa? Sedangkan perkahwinan itu adalah amalan Rasul-Rasul terdahulu. “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan……ilaa akhir ayat.” Surah Ar-Ra’ad, ayat 38.”

Panjang lebar penjelasannya. Aku seolah-olah disindir secara halus. Pedih untukku rasa. Pahit untukku telan. Tapi itulah kebenaran yang harus kuterima. “Kalau lelaki tu baik, pertama sekali, dia akan selamatkan kita dari maksiat. Selamatkan kita dari dosa. Dia takkan pegang-pegang kita sebab dia tahu tangan kita hanya untuk suami. Dia takkan ajak kita berjumpa berdua sebab dia tahu apa hukumnya. Kalau sebelum kahwin lagi dia tak boleh pimpin kita, bagaimana esok lusa? Boleh percaya ke mereka boleh bimbing kita? Dan kalau wanita itu baik, dia akan pastikan lelaki pertama di Hatinya adalah suaminya. Lelaki pertama selain mahramnya yang menyentuhnya adalah suaminya. Bukan senang-senang je bagi kat lelaki yang entah apa-apa. Dan lelaki ni, walau sejahat mana pun apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia mesti nak juga memilih wanita yang baik.” Aku tunduk. Mukaku merah. Malu. Tapi pada siapa? Pada Kak Siti atau…..? Ada rasa bersalah. Ada rasa berdosa tapi pada siapa…? Air mataku cuba kutahan. Tak ingin kulepaskan di depan Kak Siti. Biar ia bertakung di tasik hatiku yang kering kontang dilanda kemarau lantaran dosa yang kulakukan. Masih adakah setitis embun yang sudi bertakung di dalamnya? Kupandang langit hatiku. Gelap. Suram. Tiada bercahaya. Masih adakah mentari yang sudi menyinari segenap ruang hatiku? “Jadi Kak, perempuan yang bercinta tu jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?” “Tentulah. Mana ada lelaki normal yang suka pada barangan ‘second hand’,sedangkan barang baru masih ada. “ Dadaku bergetar mendengar suaranya. Tegas tapi berhikmah.

Aku sedang diperhatikan oleh Allah

Bismillahirahmanirahiim


Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh
Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu
menyertaimu di mana pun kamu
berada. (HR Ath-Thobari)

FELDA Perlu Tranformasi

SHAH ALAM 20 Dis. – Generasi kedua dan ketiga Felda yang mencecah 1.5 juta orang perlu melakukan transformasi besar agar dapat menjadi warga paling berjaya dan berupaya menerjah ke peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka tidak boleh hanya bermegah menjadi juara kampung seperti era 1960-an dan 1970-an kerana sebagai masyarakat abad ke-21, kumpulan itu perlu turut menjadi juara di persada global.

"Pada masa ini bilangan masyarakat di 317 rancangan Felda adalah seramai 113,000 orang dan mereka merupakan generasi pertama Felda yang hari ini boleh dikatakan mempunyai masa depan lebih terjamin.

"Jadi generasi kedua dan ketiga boleh melangkah lebih jauh dan tinggi lagi jika mereka ini dapat kita bentuk daripada segi insaniah terutama sekali minda merangkumi nilai murni serta akhlak terpuji.

"Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan bersama Felda akan melakukan transformasi besar di peringkat akar umbi, di peringkat fasa pertama dan seterusnya membawa Felda berjaya di persada antarabangsa, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Karnival Iktiraf 2009 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta pada tahun depan untuk projek khas khidmat masyarakat.

Peruntukan itu antara lain akan digunakan untuk membiayai program yang dapat memberi rangsangan kepada pelajar di semua rancangan Felda.

Menurut Najib, usaha kerajaan selama ini telah menjadikan Felda sebagai satu komuniti yang mempunyai kisah kejayaan yang boleh dibanggakan.

Ujar beliau, perancangan strategik dan penghijrahan yang sangat menakjubkan dalam kehidupan masyarakat Felda membolehkan mereka yang rata-rata miskin menjadi pemilik tanah sekurang-kurangnya empat hektar dilengkapi rumah yang mungkin tidak dimimpikan sebelum ini.

"Semuanya ini adalah hasil perjuangan kita dan perjuangan yang dibawa oleh kerajaan hari ini tidak berakhir kerana transformasi besar ini juga akan meletakkan warga Felda sebagai antara yang paling berjaya dan menjadi masyarakat contoh di kawasan luar bandar.

"Lebih membanggakan sehingga kini 85,000 anak peneroka Felda berjaya memasuki institusi pengajian tinggi dan pada 2005 seramai 161 orang berjaya memiliki Ijazah Doktor Falsafah,” katanya.

Selain merasmikan karnival tiga hari yang berakhir hari ini, Najib turut melancarkan Permuafakatan Siswa Felda (Persada), Kad Iktiraf dan menyampaikan Piala Iktiraf Rakan Muda Felda kepada wilayah Johor Bahru.

Turut disampaikan ialah 16 Anugerah Belia Felda Malaysia 2009 antaranya dua Anugerah Tokoh Generasi Baru Felda kepada Datuk Aziz Shamsuddin dari Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan dan Datuk Abdullah Abu Bakar (Mempaga, Pahang) serta Anugerah Persatuan Belia Cemerlang yang dimenangi oleh Persatuan Belia Felda Bukit Bading, Terengganu.

Pasukan Berkuda Islam

Senjata pasukan berkuda (faris) Mamluk terdiri dari pedang, tombak, panah, perisai dan tongkat kebesaran. Tongkat kebesaran terbuat dari besi atau baja dengan ujungnya berbentuk kubus, diletakkan di bawah sanggurdi, sementara tombak di pegang dengan satu atau kedua tangan, bukan
Tentara Islam dikenal memiliki pasukan berkuda yang sangat hebat. Di era kejayaan Islam, kekuatan para prajurit Islam benar-benar tertumpu pada keahlian berkuda dan memanah. Sejarah peradaban Islam mencatat, kehebatan pasukan berkuda Islam telah menjadi kunci kemenangan dalam berbagai pertempuran penting.

Pasukan berkuda biasa disebut kavaleri, yang berasal dari bahasa Latin caballus dan bahasa Prancis chevalier yang berarti "pasukan berkuda". Ahmad Y al-Hassan dan Donald R Hill dalam karyanya bertajuk Islamic Technology: An Illustrated History, mengungkapkan, sebelum Islam berkembang, peradaban lain, seperti Bizantium telah memiliki pasukan kavaleri yang tangguh.

Menurut al-Hassan, pada abad pertama Hijriah (ke-7 M) kavaleri telah menjadi kekuatan utama militer Bizantium. Pasukan kavaleri yang tangguh juga telah dimiliki bangsa Persia, jauh sebelum Islam berkembang. Ksatria berkuda Iran, Asawira , tutur al-Hassan, merupakan pasukan yang mampu menurunkan kekuatan kavaleri yang lebih besar ke medan perang daripada bangsa Arab.

"Karena pada masa awal perkembangan Islam, jumlah pasukan berkuda dalam ketentaraan masih sedikit, khususnya sebelum penaklukan Makkah," papar al-Hassan dan Hill. Tioe medan yang datar dan terbuka, ungkap al-Hassan, sangat cocok untuk kavaleri. Namun, bangsa-bangsa Arab, menghindari medan perang seperti itu.

Menurut al-Hassan, militer Islam mulai membentuk pasukan berkuda atau kavaleri pada zaman Khilafah Rasyidah. Adalah Khalifah Umar bin Khattab (berkuasa pada tahun 31-41 H) yang berupaya untuk mengumpulkan kuda bagi tujuan milter dari berbagai daerah. "Hasilnya, terdapat sekitar 4.000 ekor kuda di Kufah. Setelah itu, sedikit demi sedikit strategi kemiliteran Islam berubah, '' ungkap al-Hassan.

Pada awalnya, pasukan kavaleri Islam tak terlalu dominan. Berbekal tombak dan pedang, pasukan tentara berkuda Islam memaikan peranan penting untuk menyerang panggul dan pantat musuh. Perlahan namun pasti, kekuatan kavaleri yang dimiliki militer Muslim semakin bertambah besar dan kuat. Pasukan kavaleri tercatat menjadi kunci kemenangan tentara Islam dalam perang Yarmuk.

Pertempuran Yarmuk merupakan perang antara tentara Muslim dengan Kekaisaran Romawi Timur pada 636 M. Sejumlah sejarawan menyatakan, Perang Yarmuk sebagai salah satu pertempuran penting dalam sejarah dunia, menandakan gelombang besar pertama penaklukan Muslim di luar Arab, dan cepat masuknya Islam ke Palestina, Suriah, dan Mesopotamia yang rakyatnya menganut agama Kristen.

Pertempuran ini merupakan salah satu kemenangan Khalid bin Walid yang paling gemilang, dan memperkuat reputasinya sebagai salah satu komandan militer dan kavaleri paling brilian di zaman Pertengahan. Pertempuran ini terjadi pada masa pemerintahan Umar bin Khattab, khilafah Rasyidah kedua. Pertempuran ini terjadi empat tahun setelah Nabi Muhammad meninggal pada 632.

Ketika 'Amr bin Al-'Ash menaklukan Mesir pada tahun 37-39 H/ 658-660 M, komposisi kekuatannya militer Islam telah berubah dari infanteri menjadi pasukan berkuda. Kehebatan pasukan kavaleri Muslim, sekali lagi terbukti dalam Pertempuran Sungai Talas pada 751 M antara Kekhalifahan Rasyidah dengan Dinasti Tang dari Cina. Bermodalkan pasukan kavalery yang tangguh tentara Muslim berhasil meraih kemenangan.

Kemenangan itu membuat Islam menguasai wilayah Asia Tengah dan mulai menyebar luas di negeri Tirai Bambu itu. Pasukan kavaleri Islam juga kerap mendapat bantuan dri pasukan lain, misalnya ketika pasukan berkuda Iran, Asawira bergabung dengan pasukan Islam dalam penaklukan Khuzistan di bawah pimpinan Abu Musa pada tahun 17-21 H/638-642 M.

"Ini hanya salah satu contoh dramatik penyatuan pasukan non-Arab ke dalam angkatan bersenjata Muslim," kata Al-Hassan dan Hill. Kala itu, pasukan Islam juga merekrut orang-orang Khurasan, Barbar dan Turki. Mereka tetap membawa gaya bertempur dan berkuda khas masing-masing. Sehingga tak bisa dipaparkan satu gaya khas kavaleri dalam satu pertempuran.

Kekuatan pasukan kavaleri Islam kian bertambah kuat pada era kekuasaan Dinasti Mamluk pada abad ke-6 H dan ke-7 H (ke-12 M dan ke-13 M), periode kritis dalam sejarah Islam. Mamluk atau Mameluk berarti tentara budak yang telah memeluk Islam. Mereka berdinas untuk kekhalifahan Islam dan Kesultanan Ayyubiyah pada abad pertengahan.

Mereka akhirnya menjadi tentara yang paling berkuasa dan juga pernah mendirikan Kesultanan Mamluk di Mesir. Pasukan Mamluk pertama dikerahkan pada zaman Abbasiyyah pada abad ke-9 M. Kala itu, Bani Abbasiyyah merekrut tentara-tentara ini dari kawasan Kaukasus dan Laut Hitam dan mereka ini pada mulanya bukanlah orang Islam.

Menurut al-Hassan, setelah memeluk Islam, seorang Mamluk akan dilatih berkuda. Mereka harus mematuhi Furisiyyah, sebuah aturan perilaku yang memasukkan nilai-nilai seperti keberanian dan kemurahan hati dan juga doktrin mengenai taktik perang berkuda, kemahiran menunggang kuda, kemahiran memanah dan juga kemahiran merawat luka dan cedera.

Saat itu, pasukan berkuda tersebut juga dilatih menggunakan sejumlah senjata. Senjata pasukan berkuda (faris) Mamluk terdiri dari pedang, tombak, panah, perisai dan tongkat kebesaran. Tongkat kebesaran terbuat dari besi atau baja dengan ujungnya berbentuk kubus, diletakkan di bawah sanggurdi, sementara tombak di pegang dengan satu atau kedua tangan, bukan "diluncurkan" atau direndahkan untuk menyerang seperti halnya di barat, tetapi digunakan untuk berkelahi di atas kuda," jelas Al-Hassan dan Hill.

Faris Mamluk ini melakukan latihan di Tiqab (tunggal:tabaqqa) , yakni nama yang diberikan untuk barak-barak di benteng Kairo yang dijadikan akademi militer. Pelatihan ini dimulai ketika pasukan Mamluk mencapai Puncak kejayaannya. Latihan dilakukan secara komprehensif dan dengan disiplin yang ketat. Bahkan, kala itu mereka tak takut mengeluarkan biaya pendidikan kemahiran berkuda hingga seorang prajurit mampu untuk menunggang kuda tanpa pelana maupun dengan pelana, lari meligas, mengderap dan mencongklang, mendatar ataupun melompat. "Dia (faris-red) juga harus mengetahui cara merawat kuda ketika sakit," kata Al-Hassan dan Hill.

Selain itu, pasukan berkuda yang mengikuti latihan berkuda, harus bisa menggunakan kuda sambil memanah dan menggunakan tombak. Saat itu, seorang faris harus mampu menyerang target dari berbagai sudut dan pada kecepatan berbeda-beda menggunakan kedua senjata itu. Pasukan Mamluk juga sangat terlatih untuk menggunakan pedang dengan cara yang sama. Metode-metode ini teruji keberhasilannya dengan kemenangan Mamluk atas pasukan Perang Salib dan mongol.

Kehebatan pasukan berkuda Islam juga terlihat saat pasukan Turki Usmani di bawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fath merebut Konstatinopel pada abad 14 M. Mereka sebelumnya harus berenang mengarungi Selat Bospurus (karena laju kapal dihadang oleh armada Romawi Byzantium di sepanjang pantai), setelah itu naik kuda untuk mengobrak-abrik pasukan musuh dengan serangan panah bertubi-tubi. Begitulah, kisah kejayaan pasukan berkuda tentara Muslim.



Berkuda dalam Islam
alt
Dalam salah satu hadis riwayat Imam Bukhari RA, Nabi Muhammad SAW, menganjurkan para sahabatnya termasuk seluruh umat Islam yang mengikuti sunnahnya, agar mampu menguasai bidang-bidang olah raga, terutama berkuda, berenang, dan memanah. Rasulullah SAW menganjurkan umat Islam menguasai olahraga berkuda, memanah, dan berenang, karena terinspirasi peperangan Romawi-Persia, yang notabene hanya mengandalkan kekuatan otot perorangan belaka.

Saat itu, Nabi Muhammad SAW berpikir lebih maju, ia berfikir bahwa peperangan Romawi-Persia kurang diimbangi kecerdasan otak yang membentuk kerja sama tim. Ketiga olahraga yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW ini mengandung aspek kesehatan, keterampilan, kecermatan, sportivitas, dan kompetisi. Olahraga ini memerlukan kekuatan fisik dan intelektualitas yang tinggi.

Dalam Alquran surat Al-Aadiyaat ayat 1-4 juga tercantum kisah tentang `heroisme’ kuda-kuda yang berlari kencang dalam kecamuk peperangan. ”Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah. Dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya). Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi. Maka, ia menerbangkan debu dan menyerbu ke tengah kumpulan musuh.”


Pada zaman Nabi Muhammad SAW terjadi sejumlah perang besar melawan kaum musyrikin dan kafirin. Saat itu, terjadi adu kepandaian berkelahi orang per orang, baik menggunakan tangan kosong, maupun menggunakan senjata seperti pedang atau tombak. Misalnya Perang Badar dalam bahasa Arab disebut ghazawat badr yang merupakan pertempuran besar pertama antara umat Islam melawan musuh-musuhnya. Perang ini terjadi pada 17 Maret 624 Masehi atau 17 Ramadhan 2 Hijriyah.

Pasukan kecil kaum Muslim yang hanya berkekuatan sebanyak 313 orang ini, bertempur menghadapi pasukan Quraisy dari Mekkah yang berjumlah 1.000 orang. Mereka berhasil mengalahkan para musyrikin Quraisy. Kemenangan kaum Muslimin dalam perang Badar ini tercantum dalam Alquran, surat Al Anfal ayat 1-10.

Setelah perang Badar, kekuatan militer umat Islam mulai terorganisasi. Ada pasukan berkuda (kavaleri) dan pasukan pemanah (artileri), serta pasukan darat (infanteri). Kala itu, kondisi fisik mereka harus benar-benar terjaga, walaupun dalam keadaan aman mereka menjalankan profesi lain, seperti berdagang, mengajar, bertukang, dan sebagainya. Tapi ketika ada mobilisasi untuk menghadapi serangan atau harus menyerang, fisik dan mental mereka sangat siap.

Pasukan Islam mengalami prestasi gemilang dalam berperang sambil menjalankan ibadah puasa, selain perang Badar, adalah "Futuh Mekah". Penaklukan Kota Mekah pada tahun 8 Hijriyah sekitar tahun 630 M. Umat Islam yang sedang berpuasa saat itu, dipimpin langsung oleh Nabi Muhammad saw, berhasil merebut Kota Mekah dari kekuasaan kafir Quraisy. Berkat kemenangan itulah, umat Islam yang dulu harus hijrah ke Madinah selama delapan tahun, dapat kembali ke tanah kelahirannya dengan penuh kebanggaan dan kegembiraan. (rpb) SuaraMedia.Com

Cek mata

Suatu hari aku ke hospital untuk pemeriksaan lanjutan...ketika menunggu giliran untuk dipanggil aku terpandangkan seorang lelaki yang lebih kurang berusia dalam linkungan 30an menyorong kerusi roda yg diduduki oleh seorang perempuan yang agak berusia.

Seorang pembantu hospital yang kebetulan lalu disitu berhenti....dan terjadi la dialog ini...

Pembantu Hospital: Ini kenapa ni bang...(sambil melihat atas dan bawah kearah perempuan tersebut)

Pemuda : Hm...tak ada apa-apa...

Pembantu hospital: Habis....kenapa datang ni..?

Pemuda : oooo...nak buat pemeriksaan mata mak saya ni

Pembantu hospital: ooo...

Pemuda : Tanya sikit bole?

Pembantu hospital: Apa die bang...

Pemuda : mm..ada x cara lain nak periksa mata ni...

Pembantu hospital: Macam biasa lah bang ..tgk abjad tu je la...kenapa?

Pemuda : Tu yang jadi masalah ni...(sambil mengurut tengkuk)

Pembantu hospital: Mengerut kening....

Pemuda : mmm...mak saya ni tau baca sampai c je.....lepas tu die x tau dah....

Pembantu Hospital: La.....(tersengih kambing..)

Aku :

As Salam


Welcome to buy Microsoft Mouse.