Tuesday, January 5, 2010

Keberanian Umar


SAIDINA Umar tidak pernah mendapat pendidikan sekolah, apa lagi merantau ke pelosok negeri untuk menuntut ilmu atau hidup di kalangan ahli pemikir. Tetapi dia berjaya memberi contoh kepada kaumnya dalam mengurus pemerintahan dan kekuasaan yang penuh dengan keadilan, kebijaksanaan, keutamaan dan berlandaskan fiqh (hukum) Islam.

Sebelum memeluk Islam, Umar dikenali di kalangan kaumnya sebagai utusan yang mampu berdiskusi, berdialog dan menyelesaikan pelbagai urusan. Dia juga pedagang yang mahir dan tekun dalam perdagangannya.

Umar dikenali sebagai orang yang mempunyai peribadi kasar, kukuh dalam memegang prinsip dan berkedudukan tinggi. Oleh kerana itulah dia digelar Al-Faruq Umar Ibnul Khattab.

Selepas memeluk Islam, Umat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya, Rasulullah, mengapa kita bersembunyi dalam menyiarkan agama kita, pada hal kita berada di atas kebenaran dan mereka (kaum kafir) kebatilan?”

Rasulullah SAW menjawab: “Jumlah kita sedikit dan kamu dapat melihat sendiri apa yang selalu kita alami.”

Umar berkata lagi: “Demi yang mengutus engkau dengan hak, akan berjanji bahawa tiap-tiap tempat yang pernah aku sebarkan kekafiran, akan aku datangi untuk menyebarkan keimanan.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW bersama kaumnya menuju Kaabah dengan dua barisan. Barisan pertama dipimpin oleh Hamzah dan kedua dipimpin oleh Umar. Ketika melihat barisan yang dipimpin oleh Hamzah dan Umar, kaum kafir tampak muram dan kecut hatinya. Maka, sejak itul Rasulullah SAW memberi gelaran “Al-faruq” bererti “pembeza di antara hak dengan batil” kepada Umar.

Ketika kaum Muslimin hijrah ke Madinah, mereka seluruhnya meninggalkan kota Makkah secara sembunyi-sembunyi kecuali Umar. Hanya Umar yang hijrah secara terang-terangan.

Dia sengaja pergi pada siang hari dan melalui gerombolan Quraisy. Ketika melalui mereka, Umar berkata: “Aku akan meninggalkan Makkah dan berhijrah ke Madinah. Barang siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghadang aku di belakang lembah ini!”

Mendengar perkataan Umar yang gagah itu, tidak seorang pun yang berani mengekori apa lagi mencegah Umar.

Itulah kekuatan yang dimiliki Umar sejak awal keimanannya hingga dalam mengharungi seluruh kehidupannya.

Pada zaman seperti ini, alangkah perlunya kita memiliki orang seperti Umar. Kuat jiwa raganya dan kukuh keperibadiannya. Kerana Allah senang kepada orang yang berjiwa kuat dan benci kepada orang berjiwa lemah.

Apa yang dapat membangkitkan kejayaan Islam adalah apa dan bagaimana yang pernah dikerjakan kaum Muslimin terdahulu.

Ketokohan Umar turut terserlah ketika peristiwa Siti Aisyah difitnah. Rasulullah SAW bermusyawarah dengan beberapa tokoh sahabat untuk meminta pandangan mereka.

Ketika Baginda berbicara dengan Umar, dia berkata “Ya, Rasulullah, siapakah yang mengahwinkan Rasulullah dengan Aisyah?” Nabi SAW menjawab: “Allah”.

Umar bertanya lagi: “Apakah Allah menipu anda?”

“Maha suci, Engkau, ya, Allah, sesungguhnya ini berita bohong yang besar,” ucap Rasulullah SAW.

Selepas Baginda mengucapkan itu, turunlah firman Allah bermaksud: “Dan mengapa kamu tidak berkata, waktu mendengar berita bohong itu: “Sekali-kali tidaklah patut bagi kita memperkatakan ini. Maka Suci Engkau (Ya Rabb kami), ini adalah dusta yang besar.” (Surah an-Nuur, ayat 16).

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A265780&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0bmfncpRX

Wednesday, December 23, 2009

Seorang Hamba..


Dalam kita membuat kebaikan baik kita bersembahyang, bersedekah, tolong orang, mengerjakan haji atau berbagai kebaikan lain, bagaimana rasa hati kita di waktu itu? Bila buat kebaikan, hati mesti ada rasa. Apakah di waktu itu kita sudah rasa aman dengan kebaikan itu? Terasa selamat. Rasa yakin bahawa Allah terima ibadah kita. Kita yakin kita sudah menjadi orang baik-baik. Kita sudah mengira-ngira syurga mana yang sesuai untuk kita. Lebih dahsyat lagi bila kita rasa hebat, rasa cukup sempurna dan bangga dengan kebaikan yang sudah kita buat. Kita rasa bahawa kitalah orang yang telah membuat kebaikan. Kita pandang orang lain kecil. Pandang yang lain sudah tidak selamat. Kita rasa mereka akan masuk ke neraka. Yang mereka itu dari golongan jahat-jahat.

Sebenarnya kalau beginilah rasa-rasa kita di waktu membuat kebaikan sebenarnya kita sudah tertipu dengan kebaikan yang kita buat. Bila membuat kebaikan hati tidak boleh merasa baik. Bayangkan kalau kita sembahyang, hati merasa kita orang yang kuat bersembahyang. Bila kita bersedekah, hati kita terasa kita ini seorang pemurah. Bila kita tolong orang, kita rasa kita ini seorang yang penyayang, suka tolong orang dan bertanggungjawab. Bila kita kerja haji, kita rasa haji kita ini sudah mabrur dan layak mendapat tempat di sisi Tuhan. Hakikatnya rasa-rasa inilah yang mendorong kita kepada kemurkaan Tuhan, bukan kesukaanNya. Rasa-rasa inilah yang menjadikan kita sahabat syaitan, yang sombong dan angkuh bila sudah dapat kelebihan. Rasa-rasa ini bukan rasa-rasa yang menjadikan kita orang baik. Rasa-rasa ini layak menghumbankan kita ke neraka. Rasa-rasa ini bukan mendekatkan kita kepada Tuhan, tetapi jauh daripada Tuhan. Rasa ini menjadi kita orang yang hina di hadapan Tuhan. Tidak beradab dengan Tuhan.

Mana boleh dengan nikmat kebaikan yang kita sudah boleh buat, yang dianugerahkan oleh Allah, kita sudah rasa selamat dan rasa baik. Boleh buat baik itukan anugerah Tuhan. Allah gerakkan hati kita untuk boleh buat kebaikan. Allah yang kehendaki. Tapi seolah-olah kita rasa kita sudah berbuat. Kita rasa kita yang empunya kebaikan. Bukan milik Tuhan. Bukan keizinan Tuhan. Sudahlah itu, kita pula yakin sangat yang Allah terima ibadah kita. Tahukah kita sejauhmana keikhlasan kita pada ibadah tersebut. Sedangkan malaikat yang membawa amal kita itu pun tidak tahu nilai ikhlas ibadah tersebut. Ia adalah rahsia Allah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui sejauhmana ikhlasnya ibadah seseorang hambaNya.

Mana rasa hamba kita bila kita buat kebaikan atau buat ibadah? Bukankah kita ini hamba Tuhan.


Bagaimana adab, tingkah laku seorang hamba? Kenalah betul-betul jaga adab di hadapan tuannya. Kenalah sangat rasa takut dan cemas di hadapan tuannya. Walaupun sudah buat banyak kerja, bolehkah kita mendabik dada, bercekak pinggang di hadapan tuan kita. Kita kata pada tuan kita, saya sudah buat ini, sudah buat itu. Seolah-olah kita jadi tukang nilai pada kerja-kerja kita. Bolehkah kita yang buat kerja, kita nilai sendiri kerja kita. Kita bagi gred sendiri untuk kerja kita. Kita tak mahu bagi yang terburuk untuk kerja kita tapi bagi kita kerana rasa yang kita buat sudah elok, sudah sempurna, kita bagi “A” untuk kerja kita. Kita menunjuk-nunjuk dengan tuan kita yang kitalah yang terbaik. Atau kita sudah rasa berbuat, kita pun “demand” macam-macam dengan tuan kita.


Begitulah misalannya untuk kita agar bila kita dengan Tuhan, rasa hamba kita itu kekal. Sesuai dengan watak hamba, sesudah membuat kebaikan, patut-patutnya kita rasa berdosa. Sudah buat kebaikan, rasalah tidak sempurna. Rasalah kebaikan itu banyak cacat-celanya. Rasalah ibadah yang dilakukan tadi tak dapat kita buat kalau tak diizinkan Tuhan. Sentiasalah bertanya-tanya pada diri apalah nasib amal kebaikan tersebut. Sentiasalah mengharap-harap agar Allah terima. Rasakan kebimbangan, takut-takut Allah lemparkan kebaikan itu kepada kita semula. Malulah di hadapan Tuhan dengan kebaikan kita itu. Tak tahu kita bagaimana rupa kebaikan kita itu bila sampai kepada Tuhan. Elokkah? Atau buruk sekali hingga tiada nilai di sisi Tuhan. Rasailah serba kekurangan pada kebaikan kita itu. Serahlah kepada Allah untuk menilai kebaikan kita. Bagi kita, kita tak layak. Rasailah kita ini bukan orang baik. Kita banyak dosa. Banyak buat kejahatan. Kebaikan-kebaikan yang kita buat itu, lupa-lupakanlah. Jangan dikenang-kenang. Seeloknya sentiasa merintih pada dosa-dosa yang kita lakukan. Sentiasalah merasa kita ini orang yang jahat. Orang yang banyak membuat dosa dan kemungkaran. Soal syurga janganlah difikir-fikirkan sangat. Itu hak Allah untuk memberi. Itu hadiah daripada Allah. Patutnya kita selalu memikirkan yang neraka itu. Atas terasa kita ini bakal dicampakkan ke neraka atas dosa-dosa kita itulah, yang membuat kita sentiasa memohon keampunannya dan mengharapkan rahmatNya.


Janganlah kita memandang dan ambil berat keburukan orang lain. Berbaik sangkalah terhadap mereka. Mana tahu mereka ini walaupun dalam membuat kejahatan, hati selalu merintih dengan Tuhan. Selalu rasa berdosa. Itu lebih baik daripada kita jika kita yang buat baik ini sudah rasa baik dan rasa selamat. Ambil beratlah dosa-dosa kita itu kerana ianya lebih utama. Pandang seriuslah kejahatan-kejahatan kita itu.

Sesungguhnya banyak mana amal kita atau banyak mana kejahatan kita itu, ia adalah ukuran lahir kita sahaja. Tetapi Allah menilai hati kita. Sejauhmana hati kita dengan Tuhan. Adakah hati kita merasa kehambaan atau sudah ada rasa-rasa ketuanan dalam diri. Yang penting sekarang ialah buat amal tetapi jaga hati. Amal kebaikan yang sedikit diiringi dengan hati yang merasa hamba itu lebih baik daripada amal kebaikan yang banyak tetapi dibawa dengan rasa ketuanan. Kalaulah kita boleh mengekalkan rasa hamba hingga saat kematian kita, nescaya itulah yang Allah pandang dan kehendaki. Takut-takut kita tak dapat kekal rasa hamba, hinggalah saat kematian kita itu, kita membawa rasa ketuanan. Mintalah perlindungan daripada Allah.

Siapakah sohibuzaman dizaman ini?


Maksud Sohibuzzaman


Sohibuzzaman ertinya orang yang menguasai di zamannya, begitulah ketentuan Allah Taala setiap zaman, sebagai rahmat Allah kepada umat khusunya umat Islam. Antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:


1. Orang yang paling arif atau kenal Tuhan di zamannya
2. Yang sangat mendalam rasa bertuhan dan rasa kehambaan.Dialah yang paling takut & cintakan Tuhan .
3. Yang sangat mendalam ilmu hati manusia
4. Dia dapat ilham dari Tuhan.Kupasan ilmunya sesuai dengan zaman ketika itu walaupun kadang-kadang agak bercanggah dengan ulamak sezamannya kerana ilmunya adalah ilham dari Tuhan(bukan wahyu).
5. Sangat faham mendidik manusia dan sangat memberi kesan kerana dia menunjukkan sikap/beramal dengan ilmunya.Bukan teori semata-mata.
6. Peristiwa-periwtiwa di zamannya, dia sangat faham maksud/hikmahnya.
7. Sekali-sekala mendapat berita ghaib dari Tuhan
8. Dia sentiasa mendapat petunjuk dari Allah Taala dan dilindungi Tuhan walaupun sentiasa dimusuhi oleh penentangnya.
9. Orang yang paling bertaqwa di zamannya
10. Manusia di zamannya mendapat berkat daripadanya - Dengan sebabnya mereka diberi rezeki, dibantu, diberi keselamatan dan mendapat ilmu - Ada orang yang dijauhkan bala bencana kerananya
11. Doanya kabul, orang boleh bertawasul kepadanya.


Sohibuz Zaman adalah pemilik zaman. Di setiap zaman, pastilah ada orang yang Tuhan utus untuk mewarisi zaman itu. contohnya para mujaddid. misalkan Imam Ghazali, mujaddid kurun ke-5, dialah Sohibuzaman di zaman itu. segala sesuatu yang berlaku di zaman itu adalah karenanya. Apabila ada raja yang melempar cincinnya ke laut dan meminta Imam Ghazali untuk mencari cincin tu di dalam lautan, dengan keramatnya sebagai SohibuzZaman, ia dapat temukan cincin tu

Sohibuzaman adalah karenanya dunia Tuhan selamatkan. Yang besar adalah SohibuZzaman di akhir zaman yang akan membangunkan tapak daulah ummah kedua. Ia adalah pemilik zaman itu. Ia dapat memproses seluruh hati2 manusia di zaman tu dengan keramat dan kebesaran yang Tuhan telah anugrahkan kepadanya. Gempa, banjir, kebakaran, atau apa jua yang berlaku di zamannya adalah karenanya, untuk menginsafkan manusia agar sedar semula. Mengapa sampai begitu sekali Tuhan memuliakan Sohibuzaman itu ? karena ketaqwaannya yang luar biasala pada Allah Ta'ala, hinggakan dunia ni Tuhan serah padanya. Dunia ini diwarisi untuk orang2 bertaqwa.. kalau sudah menjadi orang Tuhan, segala apa jua kan Tuhan bagi kepadanya.. begitulah kebesaran orang2 Tuhan. Rasulullah adalah Sohibul Azman, pemilik zaman dari awal lagi hingga dunia ni dikiamatkan Tuhan.... dan... yakinlah hanya Pada Sohibuzzaman ada keselamatan dunia dan akhirat

Yang pasti..mereka dinaikkan oleh Tuhan dan bukan oleh telunjuk/undi manusia.Bahasa mudahnya..mereka menjadi pemimpin bukan melalui jalan atau sistem ciptaan manusia.

CINTA DUNIA

Insan praktik amalan dalam realiti kehidupan berupaya lebarkan sayap addin di bumi

CINTAKAN dunia dan takutkan mati antara penyakit yang menimpa umat Islam dewasa ini berdasarkan peringatan Rasulullah SAW kepada umatnya pada akhir zaman. Penyakit itu berbahaya kerana boleh memberi kesan buruk kepada keutuhan dan kesatuan ummah.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad) Berdasarkan maksud hadis itu, kita dapat merenung senario berlaku kepada umat Islam kini bertepatan
dengan sabda Rasulullah SAW. Biarpun, jumlah umat Islam di seluruh dunia melebihi satu bilion, mereka tidak memiliki kekuatan dan kekuasaan mentadbir alam ini.

Pada era dunia tanpa sempadan kuasa besar yang menjadi raja dunia kini berpihak kepada Amerika dan Eropah, bukan negara Islam. Malah, mereka menguasai pelbagai lapangan hidup dari aspek ekonomi, politik, sosial serta pendidikan. Akibatnya, umat Islam begitu lemah dan ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan serta begitu mudah ditindas kuasa Barat. Tidak hairan negara umat Islam dengan mudah dijajah musuh dan mereka tidak mempunyai kekuatan mempertahankan tanah air apatah lagi menangkis serangan bertubi-tubi yang dilancarkan terhadap mereka.

Lebih pelik, umat Islam yang ditindas meminta bantuan ketenteraan daripada Barat yang sememangnya bersekongkol dengan musuh untuk menghancurkan Islam dan umatnya.

Justeru, apakah punca atau sebab umat Islam kini berkeadaan seperti itu? Rasulullah SAW menjawab persoalan itu melalui sabda bahawa penyakit cintakan dunia dan takutkan mati membarah dan menular dalam jiwa umat Islam.

Cintakan dunia dapat ditakrifkan keadaan manusia yang hanya menumpukan seluruh detik dan kehidupannya kepada dunia semata-mata, dunia adalah kehidupan awal dan akhir mencari keseronokan dunia tanpa noktah dengan tidak mengambil kira batas agama yang digariskan Allah.

Sedangkan, dunia menurut kaca mata Islam bukan perkara terlarang kepada umatnya mencari dan merebutnya kerana cintakan dunia adalah sifat
semula jadi yang memang ada pada semua manusia.

Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini nafsu iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yang berpikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan bertanda lagi terlatih, binatang ternakan serta kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." (Surah ali-Imran, ayat 14)

Perlu ditegaskan, cinta dunia dilarang Islam ialah yang keterlaluan sehingga meminggirkan ajaran Islam. Islam adalah agama yang seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.

Barangkali inilah amaran Allah kepada umat Islam mengenai hakikat dunia seperti firman-Nya yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya permainan dan hiburan serta perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak." (Surah al-Hadid, ayat 20)

Di samping itu, orang yang cintakan dunia digambarkan sebagai yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju kehidupan sebenarnya. Oleh itu, Rasulullah SAW membuat perumpamaan orang cintakan dunia seperti buih di lautan yang begitu mudah dibawa arus ke mana saja tanpa arah tujuan dan matlamat untuk menghempas di tepian pantai. Justeru, apa guna seseorang memiliki tubuh badan gempal dan sasa seandainya iman serta takwa di jiwanya kosong, mudah rapuh apabila dihempas badai cubaan dan cabaran mendatang.

Penyakit takutkan mati adalah natijah secara langsung berpunca daripada cinta keterlaluan kepada dunia. Kerana sayangkan yang ada dalam genggamannya, harta bertimbun, anak pinak, pangkat dan keturunan membanggakan membuatkan seseorang itu menghidap penyakit takutkan mati.

Kebiasaannya, manusia yang takutkan mati lemah iman dan kurang takwa. Malah, dia juga lupa asal usul kejadiannya daripada tanah dan diciptakan Allah untuk beribadat kepada-Nya di dunia yang bersifat sementara ini.

Sedangkan kematian adalah peringkat yang pasti ditempuhi setiap insan bernyawa. Firman Allah yang bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian." (Surah ali-Imran, ayat 185) Mereka yang sentiasa mengingati mati menyediakan bekalan amalan salih sebanyak mungkin semasa hidup di dunia sebagai persiapan mengadap Allah adalah orang paling bijaksana di kalangan orang mukmin. Ini berdasarkan hadis diriwayatkan Ibnu Majah apabila ada seorang Ansar bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Siapakah daripada kalangan kami yang paling bijaksana dan teguh imannya? Ujar baginda SAW: Iaitu orang yang paling banyak ingatkan mati dan juga paling banyak membuat persiapan dengan amal salih untuk menghadapi kematian. Mereka itulah kalangan orang mukmin terhormat yang datang mengadapku dengan kehormatan dunia dan kemuliaan akhirat." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Begitulah cintakan dunia dan takutkan mati yang dianggap sebagai penyakit ummah menimpa umat Islam kini. Tidak cukup sekadar itu, Islam menyediakan jawapannya atau jalan penyelesaiannya bagi mengubati penyakit berkenaan. Umat Islam dituntut berpegang teguh dengan Islam serta ajarannya yang suci dan menterjemahkannya dalam seluruh ruang lingkup kehidupan sejagat. Inilah formula dan rahsia bagaimana generasi Rasulullah SAW dan sahabat mencapai kemuncak
kegemilangan pada ketika itu.

Mereka berpegang teguh dengan Islam, seterusnya mempraktikkan Islam dalam realiti kehidupan. Mereka berjaya menunaikan amanah Allah menyampaikan dakwah Islam dan berupaya melebarkan sayap Islam ke seluruh pelusuk bumi. Sewajarnya umat Islam hari ini menjadikan Islam sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan serta sentiasa menetapkan matlamat mencari keredaan supaya mampu berjaya dan cemerlang bukan saja di dunia, juga akhirat.

Penulis Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Menjaga Perasaan

Hadis : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :
1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.

2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.

3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.

4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.



Hati yg terluka umpama besi bengkok
walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari

Syahidnya Bakal Mempelai

Jumaat itu dia bangun jauh lebih awal daripada biasa. Padahal, menurut ibunya, hampir semalaman dia tidak tidur. Sampai tengah malam dia masih membaca Al-Quran. “Tatkala saya terjaga, dia sedang asyik solat malam. Dia membaca ayat-ayat Surah An-Nabaa sambil menangis!”

Usai Shubuh, Ayat Al-Akhras (16) -remaja shalihah itu- kembali membaca Al-Quran. Ayat-ayat jihad dibacanya berulang-ulang dengan nada bergetar. Sesekali dia terhenti, menahan isak tangis. Menjelang pukul 6.00 waktu Palestin, dia menulis sesuatu di meja belajar. Sejurus kemudian Ayat sudah siap berpakaian seragam dan bergegas menuju dapur untuk menemui ibunya.

Kepada ibunya, dia minta izin hendak pergi ke sekolah. “Ada pelajaran dan tugas tambahan. Hari ini boleh jadi merupakan saat terpenting dalam hidup ini. Saya mohon doa restu ibu,” ucapnya dengan mata berbinar.

Ibunya sedikit bingung, hairan, dan terkejut melihat tingkahlaku puterinya. “Semoga Allah selalu melindungi dan merahmatimu, anakku. Tapi, bukankah Jumaat adalah hari cuti?”

“Doa itulah yang anakanda harap, bu,” jawabnya. Ayat tak lagi berkata-kata. Dia hanya tersenyum, mencium tangan, kemudian memeluk erat ibu yang masih kebingungan. Dan, dengan tetap tersenyum, dia menarik tangan adiknya, Samaah (10). Mereka pun sama-sama bergegas ke sekolah.

Beberapa jam kemudian, Jumaat 22 Mac 2002 sekitar pukul 10 waktu setempat, Radio Israel memberitakan ledakan bom di supermarket Nataynya, dekat Jerusalem. Peristiwa ini menyebabkan tiga orang maut dan lebih dari 40 orang cedera. Pelakunya disyaki seorang puteri Palestin.

Jantung Ibu Ayat Al-Akhras berdegup kencang mendengar khabar itu. “Jangan-jangan dia …” bisiknya saat itu. Firasatnya kuat mengatakan demikian manakala dia mendapati Samaah pulang sendirian sambil terisak-isak. Dia mengaku tak tahu ke mana kakaknya pergi. Ayat, kata dia, hanya berpesan, “Jangan cemas dan takut. Allah selalu bersama orang-orang beriman. Sampaikan salam buat semua, dan berdoalah. Mudah-mudahan Allah memberi pengampunan dan kemenangan!”

Tinggal di kem beramai-ramai, Ibu Ayat Al-Akhras sangat cemas dengan nasib anaknya. Batinnya bertanya-tanya, “Ke mana dia pergi? Apakah dia sudah merealisasikan impiannya untuk menjadi syahidah?” Pertanyaan lain terus muncul di benaknya. “Bagaimana dengan impiannya yang lain? Soal pinangan, rancangan pernikahan, dan pakaian pengantin yang sudah dijahitnya sendiri? Bukankah dia juga bercita-cita untuk melahirkan anak-anak, kemudian membina mereka menjadi mujahid-mujahid masa hadapan?”

Sementara fikirannya tertanya-tanya, kalbunya mendapat isyarat bahwa calon mempelai itu telah gugur dalam operasi syahid. Dan, apabila laporan rasmi mengesahkan jenazah Ayat, Ibu Ayat Al-Akhras hanya berkata, “Inna lillaahi wainna ilaihi raji’un. Semoga Allah mencatatnya sebagai syahidah. Mudah-mudahan dia juga akan menjadi pengantin Palestin yang melahirkan kehormatan dan kemerdekaan bagi umat dan bangsanya.”

Siang Jumaat itu, Ayat Al-Akhras pergi mengikuti jejak Issa Farah dan Saa’id, dua kerabatnya, yang gugur ditembak helikopter Israel.

Lahir 20 Februari 1985 di Kem Dheishes, Ayat adalah anak keempat dari 11 beradik. Dia mempunyai tiga saudara laki-laki dan tujuh saudara perempuan. Di akhir hayatnya, dia tercatat sebagai pelajar Tingkatan Tiga sekolah menengah atas.

Ayat, menurut ABC News, termasuk anak cerdas dan rajin belajar. Sampai saat-saat menjelang syahidnya, dia masih rajin menasihati teman-temannya agar terus belajar dan belajar. “Penguasan ilmu dan teknologi amat penting dan diperlukan untuk mendukung perjuangan kita, walau apa pun bentuknya.”

Hayfaa, teman baiknya, berkata, “Dia selalu menasihati kami bahawa pembelajaran harus tetap berjalan, meskipun rintangan dan bahaya mengancam di sekeliling kita.”

Tentang jihad, Ayat selalu berkata, “Jihad itu kewajiban setiap Muslim. Termasuk wanita. Mengapa kita harus membiarkan nyawa kita diragut sia-sia oleh kebiadaban zionis Israel.” Kematian seorang mujahid, katanya, akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid lain, bukan sebaliknya.

Hayfaa tak menyangka Ayat syahid secepat itu. Dalam hari-hari terakhirnya, dia rajin mengumpulkan gambar-gambar mujahid Palestin. Di meja belajarnya berbaris slogan-slogan jihad dan kepahlawanan. “Dia pergi untuk bergabung dengan barisan para syuhada’ yang lain.”

Ayat, kini tercatat sebagai syahidah kedua di Palestin atau yang keenam dalam barisan pelaku operasi istisyhadiah sepanjang tahun 2002. Syahidah pertama adalah Wafa Idris (27), seorang janda di Ramallah. Dia gugur dalam operasi menjelang akhir Januari 2002 yang menyebabkan seorang Israel maut dan 100 orang lain cedera.

Meskipun tahu bahawa syahidah adalah cita-cita tertinggi anaknya, ibu Ayat Al-Akhras tetap merasa kehilangannya. Dengan air mata berlinangan, dia mengulangi kata-kata anaknya ketika berdiskusi soal kewajiban jihad bagi setiap warga Muslim Palestin. “Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam kehinaan atau gugur di medan jihad.”

Samaah, adik sekaligus teman terdekat Ayat, turut merasakan hal yang sama. Sambil menangis, dia bercerita tentang saat-saat akhir bersama kakaknya. “Saya lihat cahaya di mukanya dan sebuah rona kebahagiaan yang tak pernah dilihat sebelumnya.” Sambil memberi sepotong coklat manis, lanjutnya, Ayat berkata lirih, “Salat dan doakan agar kakak berjaya melaksanakan tugas suci ini.”

“Tugas apa?” Samaah bertanya. “Hari ini kamu akan mendengar satu berita baik. Mungkin inilah hari terbaik dalam hidup saya. Inilah hari yang telah lama saya nantikan. Tolong sampaikan salam hormat saya kepada Akh Shaadi,” tutur Ayat sambil memberikan secarik kertas.

Shaadi Abu Laan (20), calon suami Ayat, termangu beberapa ketika apabila khabar itu sampai padanya. Dia hampir tidak percaya Ayat pergi begitu cepat mendahuluinya. Padahal Julai ini, jelas Shaadi, “Kami sudah merancang untuk berumah tangga. Selepas Ayat lulus ujian, kami akan menempati rumah sederhana yang belum dihias lagi.” Mereka, sudah satu setengah tahun bertunang. Bahkan, kedua mereka telah menyiapkan nama ‘Adiyy untuk bayi pertama mereka.

Mereka bertekad mendidik si kecil sebaik-baiknya dengan harapan kelak menjadi seorang mujahid yang akan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin dari penjajahan Israel.

“Ternyata Allah miliki perancangan lain,” ucap Shaadi. “Semoga kami dapat bertemu di syurga kelak, seperti harapan Ayat dalam surat terakhirnya. Saya tahu dia gadis berkeperibadian kuat, tegar, dan cerdas. Dia mencintai negara dan agamanya lebih dari apa pun.”

Setiap saat, lanjut Shaadi, Ayat memang selalu memimpikan operasi syahid. “Kami pun pernah bercita-cita untuk syahid bersama-sama. Ternyata Allah telah memilih dia terlebih dahulu. Kalau ada kesempatan, saya akan menyusulnya segera. Semoga Allah mengabulkannya,” ucap pemuda Palestin yang baru saja meraih gelar sarjana muda itu.

Ustaz Jadi Bapak Ayam

Bismillahirahmanirahim...

Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:”perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”



Nota: Artikel Atas Nie Bukan Saya Punya

Sebenarnya Tajuk Artikel jea GEMPAK Sebab Nak Bagi Tarik Pembaca Membaca Tapi Isinya Tuan² Puan² dah tahu kan? Don't Judge the Book By Its Cover

Anda Percayakan Allah? Anda Percayakan Malaikat? Anda nampak ke ? Tak nampak Tapi Yakin Dan Percaya? Anda Nampak Pahala? Pahala tu Saham/Duit Pun Anda Tak Nampak kan? Jadi Benda Yang Anda Nampak Itu Yang Anda Pandang? Fikir² kan lah Dunia Berada Di Penghujung Nyawa ... Tolong² la sebarkan ...

SEBENAR-BENARNYA ORANG YAHUDI MENIRU MULTILEVEL MARKETING CARA ISLAM KITA

Dari pahala mereka tukarkan pada benda yang mereka nampak yakni DUIT ... apatah lagi Islam sekarang di KABURI mata dengan DUIT benda yang nampak ...

Nampak Share bawah nie kiri tu? click sana nanti kuar kotak empat segi ... kalu ada facebook ke! atau yang ada dalam services tu just share ... kalu tak ada just click MORE OPTION (bawah kiri) masukkan email & masukkan passwd kemudian import from address book sebelum tekan send, NAWAITU penting Untuk Mendirikan Agama Allah dan dengan lafaz Bismillahirahmanirahim (ambil berkat) click send.
Assalamualaikum...